Pages

Tuesday, 6 December 2011

Perkara yang terkandung dalam Israilliyyat kuno

-Israilliyyat ini dikaitkan dengan berita-berita dan cerita-cerita riwayat yang tidak benar,yang merupakan khurafat,dongengan dan penipuan.

-Israilliyyat dibahagikan kepada Israilliyyat Kuno dan Moden.Kita mulakan dengan Israilliyyat kuno:

-Israilliyyat Kuno iaitu perkara yg berhubung dengan cerita-cerita dulukala,masa lampau dan berkurun kurun dengan memaparkan riwayat yang terperinci.

-Manakala perkara yang terkandung di dalam Israilliyyat kuno adalah  :

   1. Berita dan maklumat yang diambil oleh orang dahulu kala dari Yahudi,yang memperkatakan  asal kejadian alam,asal usul kejadian manusia dan peristiwa umat-umat silam.

   2. Setengah ahli tafsir dan pakar hadith ada meriwayatkanya dari sumber-sumber yang tidak shahih malah menisbahkanya kepada Rasullulah saw dan membawa penafsiranberdasarkan ayat-ayat Al Quran walaupun ia jelas diambil dari sumber Yahudi.

   3. Berita dan kata-kata palsu dari hal-hal keagamaan dan kehidupan,yang diambil dari sumber Kristian atau sebagainya dari puak-puak atau kelompok-kelompok tertentu.

   4. Kesangsian yang dipropagandakan oleh orang-orang yang berkepentingan anti islam,umpama rekaan dan penipuan yang ditimbulkan untuk melawan kehebatan tentera-tentera Islam dan ulama-ulama Islam sepanjang zaman.

Sunday, 4 December 2011

Israiliyyat dan Yahudi

-Israiliyyat adalah istilah yang dikaitkan oleh orang Islam berhubung dengan berita-berita,ucapan dan cerita-cerita yang dusta.Ia dinisbahkan kepada bani Israil iaitu Yahudi.

-Israil ialah Nabi Yaaqub Ibn Ishaq Ibn Ibrahim.Beliau dinisbahkan kepada Bani Israil yang dikaitkan selepas kebangkitan Nabi Muhammad saw dengan istilah Yahudi sehinggalah ia menjadi ikatan kepada mereka selepas itu.

-Al Marhum Dr.Muhammad Hussin al Zahabi ada mengatakan dalam naskah risalah beliau yang bernilai iaitu " Israiliyyat dalam tafsir dan hadith" menerangkan makna istilah ini :

   -Lafaz Israiliyyat mengikut makna zahir adalah kata jama' kepada kata tunggalnya iaitu Israil yakni kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israil.

   -Lafaz Israiliyyat sekiranya ia menunjukan makna zahir tentang cerita-cerita yang diriwayatkan asal sumber Yahudi yang digunakan oleh ulama tafsir dan hadith mereka mengaitkan kepada suatu yang lebih luas dan komprehensif mengenai cerita-cerita Yahudi.

   -Oleh itu istilah mereka menunjukan suatu perkara yang menjurus kepada bidang tafsir dan hadith di dalam cerita-cerita dongeng dahulukala yang dinisbahkan asal riwayatnya kepada sumber Yahudi dan Nasrani atau sebagainya.

   -Malah setengah ahli tafsir dan pakar hadith meluaskan perspektifnya dan mereka menganggapnya sebagai Israiliyyat yang diputarbelitkan oleh musuh-musuh Islam terdiri daripada yahudi dan sebagainya dalam bidang tafsir dan hadith,yang cerita-ceritanya tidak berasas sama sekali.

   -Sebenarnya para ulama tafsir dan hadith mengaitkan lafaz Israiliyyat dengan makna tersebut dari segi makna pendominasi kuasa bangsa yahudi kepada bangsa lain kerana kebiasaan perkara yang diriwayatkan tentang kisah-kisah khurafat dan kebatilan merujuk cerita asalnya kepada sumber Yahudi(Israiliyyat fi kutubil hadith lizzhabi).

Friday, 2 December 2011

Assalamualaikum wbt...

Memulakan langkah untuk menulis..moga sahabat sahabat sekalian mengambil manfaat yang baik darinya..moga sama sama dalam rahmat Allah swt..